Thursday, July 5, 2012

Cinta Jarak Jauh =)

Short form as CJJ =D

Hai, tetiba terasa nak share story tentang CJJ neh  haa.. Almaklumlah, aku sendiri mengalami situasi ne yea. hihi. PENANG-PERAK. Dekat ke jauh? Dekat erk??? Memang setakat negeri tuh sebelah-sebelah, tapiiiii tetap jauh. werkkks!

Kunci kebahagiaan bagi pasangan jarak jauh semestinya bermula daripada kepercayaan dan kesetiaan. Berada jauh daripada sisi pasangan sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa cemburu terhadap pasangan. Lebih-lebih lagi, jika si dia merupakan individu yang terbuka, mudah bergaul dan sering bertemu orang ramai. Yang penting anda mestilah berfikiran positif. Cemburu tidak bertempat dan membuta-tuli hanya akan membunuh hubungan anda. Sikit-sikit cemburu bolehlah. Kata orang, cemburu tandanya sayang. Asalkan tidak keterlaluan, nanti dikatakan paranoid dan obsessif pula. Letakkan rasa percaya bahawa si dia juga mencintai dan merindui anda. * Tapi aku neh KUATCEMBURU. Aceno neh? :P

Komunikasi adalah sangat penting. Cari masa untuk berhubung. Dalam dunia yang serba maju sekarang, tidak sukar untuk kekal berhubung.Tidak kiralah melalui panggilan telefon, sembang maya, emel, laman sosial dan sebagainya. Dengan adanya  komunikasi yang berkesan, anda berdua bolehlah saling berkongsi perasaan, cerita, masalah dan lebih mudah juga untuk menyelesaikan sebarang konflik yang mungkin wujud antara pasangan. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik menyebabkan ketiadaan persefahaman yang menjadi punca kepada kebanyakan masalah dalam perhubungan, lebih-lebih lagi cinta jarak jauh. *Alhamdulillah sentiasa berkomunikasi. Setiap hari wajib =) and i really love that way walaupun tidak dapat depandepan, on call pun dah bersyukur, dapat kongsi cerita kongsi masalah, dapat gaduh gaduh manja =')

Cuba untuk berjumpa. Sekerap mana pun anda bergayut kat telefon, video chat 24 jam, emel tak putus-putus, anda berdua masih perlu berjumpa. Kata orang, untuk mengeratkan perasaan anda. Semakin lama anda tidak berjumpa dengan pasangan anda,kebarangkalian perasaan sayang itu pudar semakin tinggi. Tapi kalau boleh, bukan sebelah pihak saja yang cuba untuk datang melawat. Sebaiknya bergilir-gilir supaya pasangan anda tidak merasakan hanya mereka sahaja yang berusaha untuk mempertahankan hubungan. Dan bila berkesempatan berjumpa, hargailah sepenuhnya masa bersama si dia kerana bukan mudah bagi pasangan jarak jauh untuk berjumpa. *err, mencarik peluang untuk berjumpa, tapi masih belum berkesempatan, sudah sebulan tak jumpa :') rinduuuuuuu sangatsangat tau dak! Untunglah sapa yang duk dekat, boleh duk jumpa setiap hujung minggu, 2minggu sekali, setiap hari pun ada. Untung laa untung laa... tapi, tak setuju hat kalau lama tak jumpa, perasaan sayang tuh akan pudar. NOPE! takkan pudar lah kalau setiap hari setiap masa kita semai elok elok, benda tuh takkan hilang, akan bertambah sayang lagi ada laa okay. =') missyouhby!

Sememangnya cinta jarak jauh bukan perkara mudah. Namun begitu, jagalah cinta yang telah disemai dengan sebaiknya walaupun si dia tiada di hadapan mata. Ingat, jangan jadikan jarak pemisah sebagai penghalang kepada cinta anda berdua. Sebaliknya, lihat ia sebagai suatu cabaran dalam mematangkan hubungan anda dan si dia. Semoga cinta anda dan si dia bertahan dan semakin teguh ke akhirnya......

Sesibuk manapun wanita, tidak akan dilupai orang yang mereka sayang =')
Saya tak pernah lupakan awak pun... okay???
=D

No comments:

Post a Comment