waktu ini saat ini, aku tengah perah otak memikirkan keputusan sama ada melanjutkan pelajaran ke matrikulasi or IPTA( diploma ). memang aku sudah di'interview oleh UPSI, tapi belum tentu aku dapat lagi. dan UiTM pun entah bila laa boleh dapat tau keputusan sama ada aku diterima untuk interview atau tidak. maktab aku sudah tidak dapat. erghh! sedih T_T
so sekarang aku kena buat keputusan betul-betul,sama ada pi matrik or tunggu IPTA lagi. kerana kekeliruan yang melanda kepala hotak aku, aku ada laa tanya kat kak cah, minta pendapat beliau. banyak juga info yang aku dapat tentang kelebihan matrik and kekurangannya. begitu juga dengan UPSI. tadi pun aku ada search lagi tentang matrik dan IPTA.
Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST). dikenali sebagai program laluan pantas (fast track).
TAPI,
di matrikulasi, kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 semester. maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal mengikuti program matrikulasi maupun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima perubahan yang mesti dilakukan pelajar.
Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi.
Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa jerih payah anda dibalas dengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan ,manakala program diploma, walaupun tidak ‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambat memasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah.
Inilah antara info yang aku dapat. sebagai kesimpulannya,kehidupan di matrikulasi lebih mencabar kerana perlu lakukan pelbagai perkara dalam masa yang singkat. and kehidupan di IPTA( diploma ) lebih relax kerana ambil masa yg agak lama.
dan ini ada lagi info tambahan : http://sha-hir.blogspot.com/2010/06/antara-matrikulasi-dan-diploma.html
serabut kepala aku baca komen-komen dari pihak luar. macam-macam aih, memang tak dinafikan ada baik buruknya lah. so keputusan aku, insyaAllah aku akan pilih matrik. =)
dan form 6 aku tak nyatakan sikit pun kat sini en, heheh. sebabnya aku tak minat form 6. tapi bila aku search kat google, ramai yg suggestkan pilih form 6. and STPM susah, itu yg pasti! huhu.
apapun, kot mana pun akan jadi susah kalau kita tak belajar betul-betul, rite?! well, memang tak mustahil kita akan gagal,kalau kegagalan yg kita rancang. so dari awal lagi,kita kena rancang kejayaan. dan kejayaan memerlukan usaha yang gigih tanpa putus asa.
oke, good luck to all!
Assalammualaikum =)

No comments:
Post a Comment