Tuesday, March 15, 2011

realiti kehidupan....


Aku ingin engkau di sampingku,
aku ingin engkau menemaniku,
aku ingin engkau ada selalu disisiku,
aku ingin engkau ada,
Tapi,semuanya telah berlalu,
hanyalah dalam igauanku,
aku redha dengan perpisahan itu,
aku redha bukan bermaksud aku mengalah,
aku redha kerana itu adalah kehendak-Nya...

Aku akui, setiap yang aku inginkan,
setiap yang aku impikan,
setiap yang aku suka,
setiap yang  aku sayang,
setiap yang aku cinta,
tidak semestinya akan aku miliki.
mungkin itu bukan yang terbaik untuk aku,
dan mungkin aku bukan terbaek untuk itu..

Aku hanya mampu merancang,
tetapi Dia yang menentukan segalanya....
walaupun jauh di sudut hati,
kita akan merasakan kesakitan kepedihan akan kehilangan sesuatu,
tapi apa kan daya,
kudrat kita tidak mampu untuk melawan takdir-Nya..
kita hanya mampu berserah,
berserah pada yang Maha Esa...

Walaupun hati ini masih rindu,sayang,
tapi harus aku ingatkan,
dia bukan milikku,
aku bukan milik dia,
aku telah penat menahan segala kesedihan,
aku telah lelah menanggung segala kesakitan jiwa raga,
aku perlu beri peluang untuk hati aku kembali bernafas semula,
aku perlu beri peluang untuk hati aku bahagia kembali,
aku tidak sepatutnya toleh ke belakang,
apa yang bakal berlaku hanyalah di depan aku,
aku perlu pandang ke hadapan,

Aku tidak sepatutnya jatuh tersungkur kerana dia,
aku tidak sepatutnya menjadi lemah kerana dia,
kerana dia bukanlah segala-galanya,
segala-galanya hanyalah Dia,Allah yang Maha Cinta..
aku harus bangkit semula,
aku harus teguh berdiri untuk hadapi masa-masa akan datang,
segalanya harus berubah,
apa yang akan terjadi, pasti akan terjadi.....
segalanya tiada yang mustahil.
itulah realiti kehidupan....

No comments:

Post a Comment